Thursday 3 January 2013

Kesibukan tidak Menghalang


Sem 1 untuk asasi sains dah lama pun habis.. Tiba-tiba terasa nak menulis sesuatu sebab rasa macam dah lama tak update kan?
Sekarang ni aku dah berada di pertengahan semester 2.. In shaa Allah ada lagi 1 semester je then boleh lah sambung degree.. Hooree !! Haha.. 

Boleh tahan busy la jugak life as foundation student ni.. Erk (Busy tapi still blh on9 fb kan) haha.. Rutin harian sama je setiap hari.. Pagi pergi lecture 2 jam, tutorial 1 jam and lab 3 jam untuk isnin sampai rabu.. not bad, belajar je sampai ke petang. Tapi rasa better la kot dari student degree lagi2 student medic kan.. Kesian tengok kakak-kakak yg ambil medic tu.. Macam orang tak de life.. Tapi aku kagum tengok  mereka sebab busy manapun diorang still join usrah, still involve dgn aktiviti-aktiviti kerohanian. Kira macam diorang still spent their time for the sake of Allah.. How good they are.. I admire them. Yelah aku baru asasi, sepatutnya  lagi banyak lah masa ada untuk spent dgn Allah kan.. In shaa Allah, berusaha memperbaiki diri dari hari ke hari. 

Sepanjang aku berada di UMS ni banyak benda yang aku belajar. Dan aku dah jumpa apa yang aku cari selama ini. Alhamdulillah.. Tapi kadang-kadang terasa sangat stress bila kesibukan seolah menghalang niat aku.. Tapi Allah tu Maha Mengetahui, Dia tahu setiap apa yang hambanya ingin lakukan.. Jadi kita kenalah belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah dan berhati-hati dengan setiap apa yang kita fikir, niat dan sebagainya. Jadi, walau sesibuk mana pun kita, ingatlah Allah.. Sentiasalah update sistem iman kita.. XD

# Pray for my success in this upcoming final :)

Wednesday 22 August 2012

Dunia oh dunia

Alhamdulillah, aku masih bernyawa hingga ke hari ini..

Tiba-tiba hati aku terfikir..

Susah kan nak betul2 kenal hati manusia tu. Susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas. Kadang-kadang aku takut nak berkawan dengan orang ataupun nak rapat dengan seseorang tu. 

Kenapa?

Aku akui aku berada dalam sebuah keluarga yang Allah limpahkan rezeki tidak terkata. Itupun setelah bermacam dugaan dan cabaran yang Allah beri kami lalui. Alhamdulillah kesannya memang berbaloi.. hehe So adalah mereka-mereka yang tidak puas hati ni akan mula melakukan bermacam-macam perkara untuk memuaskan hati mereka.

Dan yang terbaru apabila mengetahui ayah aku ada anak perempuan yang dah besar, mulalah bermacam-macam cerita.. Nak kahwinkan anak bujang mereka dengan aku kerana nanti dapat menumpang senang.

Apa itu? Aku rasa macam 'eh, x ikhlasnya nak kawin dengan anak orang sebab harta'? Kadang2 aku rasa macam dalam drama pulak.. Sebab itu lah aku takut..

Harta tu kan di dunia je.. Haih manusia oh manusia.. 

Monday 20 August 2012

Aidilfitri 2012

Alhamdulillah..

Dapat menyambut Aidilfitri..

Nak tengok picture kami tahun ini?

Sabar ok.. hehe

Tahun ni sepanjang ramadhan aku berpuasa di Sabah bersama rakan-rakan.. Pengalaman yang agak menarik, superb lah..

Ouh yeah, dah la balik raya pun sehari sebelum raya, but it's ok la.. Dapat la aku rasa feel lebih nak raya tu. Ok jak tu bha balik naik flight dgn Syiffa..

Sambutan raya tahun ni simple but nice.. Nak tengok gambar?
Tema tahun ni hijau, sebab aku suka warna tu.. hehe