Ehem
Salah ke kalau kita letakkan lagu genre nasyid sebagai halwa telinga di blog?
Kadang-kadang lagu sebegini yang dapat menenangkan jiwa..
Saya pun minat jugak lagu genre lain tapi ada hadnya.
Jadi, jangan pertikaikan okay?
Tak semestinya orang alim je dengar nasyid je
Lagu nasyid ni boleh menyentuh sanubari, memberi keinsafan..
Sunday, 26 February 2012
Alhamdulillah, akhirnya...
Subhanallah..
Akhirnya, apa yang diharapkan tercapai jua
Pelbagai dugaan ditempuhi
Berkat kesabaran
Terhasil jua, dengan izin Allah

Tuesday, 21 February 2012
Kehidupan di dunia Ibarat Seorang Perantau
Assalamualaikum...
Riwayat Bukhari:
" Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Apabila kamu berada di waktu petang, Janganlah menunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada di waktu pagi, Janganlah menunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu."
Okay.. Menurut hadis si atas, kita dapat melihat betapa pentingnya kehidupan di dunia ini dan betapa singkatnya peluang kita di dunia ini. Rasulullah bersabda, kita di dunia ini sebagai seorang perantau iaitu musafir. Justeru itu, kita seharusnya menggunakan peluang untuk bernafas yang Allah beri ini untuk beramal dengan sebaiknya sebagai persediaan untuk pergi ke alam yang kekal abadi iaiti Alam Barzakh..
Oleh itu, janganlah kita leka dengan segala kesenangan, kemewahan yang terdapat di dunia ini. Sesungguhnya itu semua adalah dugaan Allah. Percayalah, di akhirat kelak jika kita berjaya menempatkan diri di Syurga Firdausi, segala kesenangan dan kemewahan di dunia ketika ini adalah lebih best di syurga...
Bulatkan tekad, Kukuhkan Usaha, Ayuh berjuang agar tidak mensia-siakan masa yang Allah beri sebagai perantau di Dunia ini! Tingkatkan IMAN! Don't Ever GIVE UP !

Apa yang dia sedang buat?
Assalamualaikum...
Sebenarnya hari ni tetiba teringat kat seorang sahabat ni yang pernah mengusik jiwa, menyentuh sanubari suatu masa dahulu.
Masa tu baru habis PMR so banyak free time kat sekolah..
"Korang, pernah tak terfikir apa yangfuture husband, i mean jodoh korang tengah buat right now?"
Masa tu semua orang gelak.. Tapi tetiba kami semua terdiam dan berfikir sejenak. Ada betulnya jugak apa yang dia cakap tu. Anda semua pernah terfikir?
Bila diimbaskan balik, best kan Allah berahsia dengan kita. Sekurang-kurangnya kita tertanya-tanya apa yang dia sedang lakukan. Bagaimana rupa dia, di mana dia berada sekarang, umurnya berapa, kerja apa, best kan? Everything is secret. Dan bagi saya, di situlah kita sepatutnya tanya diri kita, sesuaikah, layakkah kita bersama dia? So, we should improve ourself, terutamanya hubungan kita dengan Allah. Janganlah pula memikirkan soal jodoh sehingga lalai mengingati Allah. Dan rasanya itulah sebab mengapa Allah merahsiakan jodoh kita. Kira macam award lah jodoh tu sebab kita terdahulunya mendekatkan diri dengan Allah.
p/s: jangan risau, jodoh itu tetap akan datang sama ada cepat atau lambat. Yang penting, Allah dahulu okay?.. Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua. Allah telah merancang yang terbaik buat diri kita. Usah Risau!
Sebenarnya hari ni tetiba teringat kat seorang sahabat ni yang pernah mengusik jiwa, menyentuh sanubari suatu masa dahulu.
Masa tu baru habis PMR so banyak free time kat sekolah..
"Korang, pernah tak terfikir apa yang
Masa tu semua orang gelak.. Tapi tetiba kami semua terdiam dan berfikir sejenak. Ada betulnya jugak apa yang dia cakap tu. Anda semua pernah terfikir?
Bila diimbaskan balik, best kan Allah berahsia dengan kita. Sekurang-kurangnya kita tertanya-tanya apa yang dia sedang lakukan. Bagaimana rupa dia, di mana dia berada sekarang, umurnya berapa, kerja apa, best kan? Everything is secret. Dan bagi saya, di situlah kita sepatutnya tanya diri kita, sesuaikah, layakkah kita bersama dia? So, we should improve ourself, terutamanya hubungan kita dengan Allah. Janganlah pula memikirkan soal jodoh sehingga lalai mengingati Allah. Dan rasanya itulah sebab mengapa Allah merahsiakan jodoh kita. Kira macam award lah jodoh tu sebab kita terdahulunya mendekatkan diri dengan Allah.
p/s: jangan risau, jodoh itu tetap akan datang sama ada cepat atau lambat. Yang penting, Allah dahulu okay?.. Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua. Allah telah merancang yang terbaik buat diri kita. Usah Risau!
Monday, 20 February 2012
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta....
Sebenarnya saya tertarik dengan artikel di IluvIslam.com.. Bacalah..Kuatkan Hati, Bendung dari kelekaan cinta manusia...
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtang
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Dugaan itu..
Assalamualaikum,...
Benarlah, Allah itu tidak akan menduga hambanya melebihi kemampuan seseorang itu.
Sesungguhnya setiap dugaan itu pasti ada hikmah disebaliknya yang menanti kita. Bukan senang untuk mendapatkan sesuatu. Dan dugaan yang Allah beri itu sebenarnya adalah satu sumber yang mampu menguatkan lagi kekuatan diri kita dalam menempuh kehidupan sebagai seorang perantau di dunia ini.
Allah itu menduga hambanya sebagai tanda sayang sebenarnya. Kita sebagai manusia hendaklah menerima segalanya dengan redha dan hati yang terbuka. Janganlah sesekali merungut mahupun mengeluh. Sebenarnya melalui dugaan jugalah kita akan sentiasa mengingati Allah. Menangislah dan luahkanlah segala isi hatimu dihadapan Allah pabila dugaan itu melanda diri. Dengan cara itu juga kita dapat bermanja dengan Allah sebenarnya.
Ingatlah Allah itu Maha Mendengar, Maha memahami segenap hati dan perasaan kita. Sebaik-baik tempat untuk mengadu adalah kepada Allah. Allah tidak akan sesekali membiarkan kita terkapai-kapai menghadapi dugaan yang mencabar diri. Justeru itu, mohonlah pada Allah untuk kekuatan hati dan sebagainya.

Thursday, 9 February 2012
CINTA ITU?
Ada apa dengan cinta?
Sebenarnya, saya sendiri sering tertanya-tanya mengapa remaja sekarang gemar untuk berbicara mengenai cinta dan merasai 'keindahan' bercinta itu sendiri.
Ya, sebagai seorang remaja saya juga tidak terlepas dari segenap perasaan seperti itu. Perasaan untuk dicintai dan mencintai. Seperti mana ibu saya selalu katakan. Benar, perasaan itu memang wujud dalam naluri segenap manusia. Tetapi sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita mengawal dan memelihara perasaan sepeti ini. Kita kan manusia yang punyai akal fikiran. Allah ciptakan kita sehebat-hebat ciptaan-Nya.
Namun begitu, kita akan menjadi serendah-rendahnya apabila 3 perkara ini menguasai diri. Apa itu?
1- Nafsu
2- Sikap mahmudah/Kelemahan
3- Jahil
Jadi, ingin saya fokuskan kepada perkara pertama iaitu NAFSU. Cinta itu boleh disalahgunakan apabila ianya berlandaskan nafsu. Mengapa? Cuba anda bayangkan dan renungkan anak muda zaman kini yang lebih mudah terjerat dengan perlakuan zina hanya kerana cinta. Sesungguhnya cinta yang berlandskan nafsu muda semata-mata ini tidak kemana, bahkan ianya akan meletakkan diri kita menjadi serendah-rendah ciptaaan Allah. Tidak malukah kita?
Saya akui, suatu masa dahulu ketika sedang meningkat remaja, hati ada tertanya-tanya best ke bercinta tu? Namun, pencarian demi pencarian saya menemui bahawa cinta manusia itu tidak akan ke mana seandainya tidak meletakkan Allah lebih dari segalanya. Bahkan anda juga silap jika mencintai manusia itu lebih dari Allah. Saya bukanlah pelajar sekolah agama yang sememangnya didedahkan dengan ilmu agama yang mendalam. Namun begitu, saya bersyukur kerana Allah menutup pintu hati saya dari perasaan cinta akan kaum Adam. Bukanlah tujuan ingin berbangga tetapi itu mungkin satu kelebihan.
Tipulah jikalau tiada perasaan cinta dalam diri, namun perasaan sedemikian adalah lebih baik jika disalurkan kepada Allah, Rasulullah, Agama Islam, ibu bapa, pelajaran dan kehidupan. Bukankah itu lebih bermakna? Malah lebih banyak perkara yang bermanfaat akan kita perolehi. Saya percaya cinta terhadap kaum Adam itu akan hadir sendirinya dengan izin Allah. Dan sebolehnya biarlah cinta yang hadir dalam hati saya itu adalah yang pertama dan terakhir juga kerana Allah.
InsyaAllah, kita pasti boleh berubah. Lakukanlah segalanya demi Allah kerana Allah telah menjadikan kita ciptaan-Nya yang paling hebat. Bersyukurlah!

SOLAT vs AURAT?
VS
Solat vs Aurat?
Hmm, sebenarnya ada suatu topik yang ingin saya kupaskan..
Sejak kebelakangan ini ada yang pertikaikan permasalahn wanita yang bertudung tetapi seola-olah tidak menutup aurat seperti mana yang dituntut dalam al-quran sendiri. Dan ada juga yang mempertikaikan wanita bertudung itu tidak semuanya baik. Mungkin ada yang betul.
Berbalik kepada topik di atas, bagi saya sendiri jika seseorang itu mengambil keputusan untuk bertudung khususnya, harus dilihat kepada solat dahulu. Kenapa? Melalui solat, kita dapat ketenangan dan kekuatan sebenarnya. Harus dilihat, jika kita menutup aurat, tetapi tidak melengkapi solat kita, tiada gunanya juga kan? Bukanlah saya katakan jikalau hanya solat sudah memadai tanpa tidak menutup aurat. Masakan begitu. Tetapi tidakkah hipokrit seseorang itu jika luaranya menutup aurat tetapi hubungannya dengan Allah sendiri tidak dijaga dengan baik.
Begitu juga dengan mereka yang menjaga solat tetapi tidak menutup aurat. Tidakkah pelik begitu? Hubungan dengan Allah dijaga tetapi tidak menutup aurat yang sememangnya menjadi perintah Allah. Jadi, apa yang ingin saya katakan di sini, kedua-duanya penting dan hendaklah bergerak dengan seiring. Percayalah jika kita menjaga solat kita dengan baik dan menyerahkan segalanya kepada Allah, dengan sendiri akan datangnya kekuatan untuk memelihara hak diri kita yang sepatutnya dilindungi dari pandangan mereka yang bukan mahram kita. Justeru itu, baru lah sempurna ibadat kita dan itu jugalah yang dapat membuktikan kasih sayang kita kepada Allah.
Saya akui diri saya masih lagi lemah mengenai hal agama tetapi saya belajar untuk itu. Kadang-kadang kita hendaklah belajar dari kehidupan dan orang sekeliling kita. Janganlah jadikan pemakaian tudung itu hanya sebagai perkembangan fesyen semata-mata. Sesungguhnya Allah tidak memandang fesyen tersebut. Allah hanya akan pandang sejauh mana kekuatan dan semangat kita mempertahankan aurat kita. Itu adalah lebih baik.
p/s: ini hanyalah luahan idi hati dari apa yang dilihat melalui sahabat, malah saudara -mara sendiri.
Monday, 6 February 2012
My Love

Ehem, this is my mom..
Huu, saje je nak post picture ni, ramai org ckp muka kami sama.. yeke?
Ce tengok.. sama tak? Hehehe
Saturday, 4 February 2012
Kerinduan
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
p/s: ini bukti dari post yang tadi.. from iluv islam.com

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah."Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
p/s: ini bukti dari post yang tadi.. from iluv islam.com
Salam Maulidur Rasul!
Assalamualaikum guys!
I just wanna to say SALAM MAULIDUR RASUL!
Rasulullah lah manusia yang paling hebat, kekasih Allah.. Rasulullah kaya dengan sifat penyayang baginda, kalau tak masakan baginda mengatakan rindu pada umatnya yang akan datang selepas kewafatan baginda walhal tidak pernah berjumpa sekalipun. Subhanallah..
Nabi Muhammad S.A.W yang patut di jadikan idola, dari anda semua mengagungkan artis-artis lelaki tak kiralah Malaysia ke, Indonesia ke, Korea ke, pemain bola sepak sekalipun.. mereka bukanlah sesiapa jika nak dibandingkan dengan Rasulullah.. Hanya kerana rupa dan bakat, tak usahlah hendak dibanggakan sangat..
Ingatlah, mencintai Rasulullah dan mendalami sifat, amalan hidup baginda lebih bermanfaat dari segalanya. Ayuh! Bangkit dari kealpaan selama ini. Banyakkanlah berselawat kepada baginda agar dapat syafaat baginda di akhirat kelak. Tapi ingat bukanlah berselawat untuk hari ini sahaja. Selawatlah setiap hari, jadikan rutin harian. Jika lirik lagu boleh dinyayikan bila-bila masa sahaja, masakan selawat yang lebih mudah dan sedap bunyinya tidak boleh?

Subscribe to:
Posts (Atom)