Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul!

Assalamualaikum guys!

I just wanna to say SALAM MAULIDUR RASUL!

Rasulullah lah manusia yang paling hebat, kekasih Allah.. Rasulullah kaya dengan sifat penyayang baginda, kalau tak masakan baginda mengatakan rindu pada umatnya yang akan datang selepas kewafatan baginda walhal tidak pernah berjumpa sekalipun. Subhanallah..

Nabi Muhammad S.A.W yang patut di jadikan idola, dari anda semua mengagungkan artis-artis lelaki tak kiralah Malaysia ke, Indonesia ke, Korea ke, pemain bola sepak sekalipun.. mereka bukanlah sesiapa jika nak dibandingkan dengan Rasulullah.. Hanya kerana rupa dan bakat, tak usahlah hendak dibanggakan sangat..

Ingatlah, mencintai Rasulullah dan mendalami sifat, amalan hidup baginda lebih bermanfaat dari segalanya. Ayuh! Bangkit dari kealpaan selama ini. Banyakkanlah berselawat kepada baginda agar dapat syafaat baginda di akhirat kelak. Tapi ingat bukanlah berselawat untuk hari ini sahaja. Selawatlah setiap hari, jadikan rutin harian. Jika lirik lagu boleh dinyayikan bila-bila masa sahaja, masakan selawat yang lebih mudah dan sedap bunyinya tidak boleh?

No comments:

Post a Comment