Wednesday, 22 August 2012

Dunia oh dunia

Alhamdulillah, aku masih bernyawa hingga ke hari ini..

Tiba-tiba hati aku terfikir..

Susah kan nak betul2 kenal hati manusia tu. Susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas. Kadang-kadang aku takut nak berkawan dengan orang ataupun nak rapat dengan seseorang tu. 

Kenapa?

Aku akui aku berada dalam sebuah keluarga yang Allah limpahkan rezeki tidak terkata. Itupun setelah bermacam dugaan dan cabaran yang Allah beri kami lalui. Alhamdulillah kesannya memang berbaloi.. hehe So adalah mereka-mereka yang tidak puas hati ni akan mula melakukan bermacam-macam perkara untuk memuaskan hati mereka.

Dan yang terbaru apabila mengetahui ayah aku ada anak perempuan yang dah besar, mulalah bermacam-macam cerita.. Nak kahwinkan anak bujang mereka dengan aku kerana nanti dapat menumpang senang.

Apa itu? Aku rasa macam 'eh, x ikhlasnya nak kawin dengan anak orang sebab harta'? Kadang2 aku rasa macam dalam drama pulak.. Sebab itu lah aku takut..

Harta tu kan di dunia je.. Haih manusia oh manusia.. 

Monday, 20 August 2012

Aidilfitri 2012

Alhamdulillah..

Dapat menyambut Aidilfitri..

Nak tengok picture kami tahun ini?

Sabar ok.. hehe

Tahun ni sepanjang ramadhan aku berpuasa di Sabah bersama rakan-rakan.. Pengalaman yang agak menarik, superb lah..

Ouh yeah, dah la balik raya pun sehari sebelum raya, but it's ok la.. Dapat la aku rasa feel lebih nak raya tu. Ok jak tu bha balik naik flight dgn Syiffa..

Sambutan raya tahun ni simple but nice.. Nak tengok gambar?
Tema tahun ni hijau, sebab aku suka warna tu.. hehe

Luahan Hati

Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah..

Why?

Syukur tu kan perlu sentiasa ada supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri sehala nikmatNya..

Allah bagi aku ujian dalam keputusan SPM aku. Keputusan yang berada di luar jangkaan aku sendiri, ibu ayah aku, apatah lagi guru-guru aku. Memang pada mulanya aku sedih, macam nak give up. Tapi Allah tak kan lakukan sesuatu tanpa sebab. Akhirnya aku faham sendiri, mungkin kalau Allah bagi aku straight A aku akan jadi riak. Yelah student harapan sekolah for sure la bangga kan.. Alhamdulillah, Allah melindungi aku dari adanya perasaan macam tu.

Lama kelamaan aku nampak hikmah disebalik ujian tersebut. Allah bagi aku tawaran belajar dalam Asasi Sains di Universiti Malaysia Sabah. First impression aku brsyukur sebab dapat tawaran belajar. Allah tak bagi aku belajar di luar negara tapi Allah gantikan dengan belajar di Sabah. At least dpt naik flight jugak kan?hehe.. Mungkin iman aku masih belum kukuh untuk duduk di perantauan dengan budaya dan agama yang nyata berbeza. Allah sayang aku !! Alhamdulillah

Aku tak dapat nak terus belajar ke bidang perubata. tapi Allah bagi aku Asasi Sains sebab Allah nak aku berusaha bangkit dari kegagalan yang lepas. Mungkin Allah tak nak aku terus berada dalam keadaan selesa. Allah nak aku rasa kepahitan sebelum merasai kemanisan. Allah sweet kan? Sangat caring dengan hambaNya. Alhamdulillah..

Aku selalu berdoa agar Allah beri aku seseorang yang mampu membimbing aku di saat itu aku sangat terkapai-kapai mencari identiti diri aku. Dan nak tahu? Allah beri aku bukan seorang tapi ramai kakak-kakak usrah di UMS yang nyata membantu aku untuk tidak berasa keseorangan mencari perubahan dalam hidup. Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar.

Aku minta Allah sahabat yang mampu mendekatkan aku dengan Allah. dan Allah beri aku ramai sahabat yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.. 

Dan kini aku mulai nampak setiap benda yang terjadi pasti ada hikmanya. Dan Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan. Air mata yang aku tangiskan suatu masa dahulu kini bertukar menjadi senyuman yang amat bermakna. Alhamdulillah.. 

Dan itu imej terbaru aku. Alhamdulillah.. biarlah orang kata aku ustazah la ape la.. yang penting niat aku hanya satu. Berbah kerana Allah.. Doakan aku berjaya berjuang mengejar kasih dan cinta Allah yang hakiki dan agar Allah tetapkan hati aku. Amin.. XD