Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah..
Why?
Syukur tu kan perlu sentiasa ada supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri sehala nikmatNya..
Allah bagi aku ujian dalam keputusan SPM aku. Keputusan yang berada di luar jangkaan aku sendiri, ibu ayah aku, apatah lagi guru-guru aku. Memang pada mulanya aku sedih, macam nak give up. Tapi Allah tak kan lakukan sesuatu tanpa sebab. Akhirnya aku faham sendiri, mungkin kalau Allah bagi aku straight A aku akan jadi riak. Yelah student harapan sekolah for sure la bangga kan.. Alhamdulillah, Allah melindungi aku dari adanya perasaan macam tu.
Lama kelamaan aku nampak hikmah disebalik ujian tersebut. Allah bagi aku tawaran belajar dalam Asasi Sains di Universiti Malaysia Sabah. First impression aku brsyukur sebab dapat tawaran belajar. Allah tak bagi aku belajar di luar negara tapi Allah gantikan dengan belajar di Sabah. At least dpt naik flight jugak kan?hehe.. Mungkin iman aku masih belum kukuh untuk duduk di perantauan dengan budaya dan agama yang nyata berbeza. Allah sayang aku !! Alhamdulillah
Aku tak dapat nak terus belajar ke bidang perubata. tapi Allah bagi aku Asasi Sains sebab Allah nak aku berusaha bangkit dari kegagalan yang lepas. Mungkin Allah tak nak aku terus berada dalam keadaan selesa. Allah nak aku rasa kepahitan sebelum merasai kemanisan. Allah sweet kan? Sangat caring dengan hambaNya. Alhamdulillah..
Aku selalu berdoa agar Allah beri aku seseorang yang mampu membimbing aku di saat itu aku sangat terkapai-kapai mencari identiti diri aku. Dan nak tahu? Allah beri aku bukan seorang tapi ramai kakak-kakak usrah di UMS yang nyata membantu aku untuk tidak berasa keseorangan mencari perubahan dalam hidup. Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar.
Aku minta Allah sahabat yang mampu mendekatkan aku dengan Allah. dan Allah beri aku ramai sahabat yang mampu mendekatkan diri dengan Allah..
Dan kini aku mulai nampak setiap benda yang terjadi pasti ada hikmanya. Dan Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan. Air mata yang aku tangiskan suatu masa dahulu kini bertukar menjadi senyuman yang amat bermakna. Alhamdulillah..
Dan itu imej terbaru aku. Alhamdulillah.. biarlah orang kata aku ustazah la ape la.. yang penting niat aku hanya satu. Berbah kerana Allah.. Doakan aku berjaya berjuang mengejar kasih dan cinta Allah yang hakiki dan agar Allah tetapkan hati aku. Amin.. XD

No comments:
Post a Comment