Alhamdulillah, aku masih bernyawa hingga ke hari ini..
Tiba-tiba hati aku terfikir..
Susah kan nak betul2 kenal hati manusia tu. Susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas. Kadang-kadang aku takut nak berkawan dengan orang ataupun nak rapat dengan seseorang tu.
Kenapa?
Aku akui aku berada dalam sebuah keluarga yang Allah limpahkan rezeki tidak terkata. Itupun setelah bermacam dugaan dan cabaran yang Allah beri kami lalui. Alhamdulillah kesannya memang berbaloi.. hehe So adalah mereka-mereka yang tidak puas hati ni akan mula melakukan bermacam-macam perkara untuk memuaskan hati mereka.
Dan yang terbaru apabila mengetahui ayah aku ada anak perempuan yang dah besar, mulalah bermacam-macam cerita.. Nak kahwinkan anak bujang mereka dengan aku kerana nanti dapat menumpang senang.
Apa itu? Aku rasa macam 'eh, x ikhlasnya nak kawin dengan anak orang sebab harta'? Kadang2 aku rasa macam dalam drama pulak.. Sebab itu lah aku takut..
Harta tu kan di dunia je.. Haih manusia oh manusia..
No comments:
Post a Comment