Tuesday, 21 February 2012

Kehidupan di dunia Ibarat Seorang Perantau

Assalamualaikum...

Riwayat Bukhari:

" Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Apabila kamu berada di waktu petang, Janganlah menunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada di waktu pagi, Janganlah menunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu."

Okay.. Menurut hadis si atas, kita dapat melihat betapa pentingnya kehidupan di dunia ini dan betapa singkatnya peluang kita di dunia ini. Rasulullah bersabda, kita di dunia ini sebagai seorang perantau iaitu musafir. Justeru itu, kita seharusnya menggunakan peluang untuk bernafas yang Allah beri ini untuk beramal dengan sebaiknya sebagai persediaan untuk pergi ke alam yang kekal abadi iaiti Alam Barzakh..

Oleh itu, janganlah kita leka dengan segala kesenangan, kemewahan yang terdapat di dunia ini. Sesungguhnya itu semua adalah dugaan Allah. Percayalah, di akhirat kelak jika kita berjaya menempatkan diri di Syurga Firdausi, segala kesenangan dan kemewahan di dunia ketika ini adalah lebih best di syurga...

Bulatkan tekad, Kukuhkan Usaha, Ayuh berjuang agar tidak mensia-siakan masa yang Allah beri sebagai perantau di Dunia ini! Tingkatkan IMAN! Don't Ever GIVE UP !

No comments:

Post a Comment