Thursday, 9 February 2012

CINTA ITU?

Ada apa dengan cinta?

Sebenarnya, saya sendiri sering tertanya-tanya mengapa remaja sekarang gemar untuk berbicara mengenai cinta dan merasai 'keindahan' bercinta itu sendiri.

Ya, sebagai seorang remaja saya juga tidak terlepas dari segenap perasaan seperti itu. Perasaan untuk dicintai dan mencintai. Seperti mana ibu saya selalu katakan. Benar, perasaan itu memang wujud dalam naluri segenap manusia. Tetapi sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita mengawal dan memelihara perasaan sepeti ini. Kita kan manusia yang punyai akal fikiran. Allah ciptakan kita sehebat-hebat ciptaan-Nya.

Namun begitu, kita akan menjadi serendah-rendahnya apabila 3 perkara ini menguasai diri. Apa itu?
1- Nafsu
2- Sikap mahmudah/Kelemahan
3- Jahil

Jadi, ingin saya fokuskan kepada perkara pertama iaitu NAFSU. Cinta itu boleh disalahgunakan apabila ianya berlandaskan nafsu. Mengapa? Cuba anda bayangkan dan renungkan anak muda zaman kini yang lebih mudah terjerat dengan perlakuan zina hanya kerana cinta. Sesungguhnya cinta yang berlandskan nafsu muda semata-mata ini tidak kemana, bahkan ianya akan meletakkan diri kita menjadi serendah-rendah ciptaaan Allah. Tidak malukah kita?

Saya akui, suatu masa dahulu ketika sedang meningkat remaja, hati ada tertanya-tanya best ke bercinta tu? Namun, pencarian demi pencarian saya menemui bahawa cinta manusia itu tidak akan ke mana seandainya tidak meletakkan Allah lebih dari segalanya. Bahkan anda juga silap jika mencintai manusia itu lebih dari Allah. Saya bukanlah pelajar sekolah agama yang sememangnya didedahkan dengan ilmu agama yang mendalam. Namun begitu, saya bersyukur kerana Allah menutup pintu hati saya dari perasaan cinta akan kaum Adam. Bukanlah tujuan ingin berbangga tetapi itu mungkin satu kelebihan.

Tipulah jikalau tiada perasaan cinta dalam diri, namun perasaan sedemikian adalah lebih baik jika disalurkan kepada Allah, Rasulullah, Agama Islam, ibu bapa, pelajaran dan kehidupan. Bukankah itu lebih bermakna? Malah lebih banyak perkara yang bermanfaat akan kita perolehi. Saya percaya cinta terhadap kaum Adam itu akan hadir sendirinya dengan izin Allah. Dan sebolehnya biarlah cinta yang hadir dalam hati saya itu adalah yang pertama dan terakhir juga kerana Allah.

InsyaAllah, kita pasti boleh berubah. Lakukanlah segalanya demi Allah kerana Allah telah menjadikan kita ciptaan-Nya yang paling hebat. Bersyukurlah!

No comments:

Post a Comment